Minta kebenaran MKN jika mahu buat kerja amal: KPN

Abdul Hamid ketika meninjau Menara City One di sini hari ini.
Abdul Hamid ketika meninjau Menara City One di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) diminta untuk mendapatkan kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) jika mahu melakukan kerja amal.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihak swasta, agensi atau jabatan kerajaan serta mana-mana kementerian juga perlu mendapatkan kebenaran daripada MKN.

"Pada masa sama, ada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diikuti mereka,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di Menara City One di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata, pihaknya juga tidak memberi keistimewaan kepada mana-mana pihak termasuk orang kenamaan bagi membolehkan mereka melanggar PKP.

"Kita ada menerima beberapa laporan polis berkaitan perkara itu dan siasatan lanjut akan dijalankan termasuk memanggil individu terbabit untuk mendapatkan penjelasan mereka.

"Saya menasihatkan semua pihak berkaitan supaya mematuhi arahan PKP termasuk mematuhi SOP ditetapkan MKN,” katanya.

Artikel Berkaitan: