Tabik hormat rakyat patuh PKP

Abdul Hamid
Abdul Hamid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi tabik hormat kepada rakyat Malaysia yang mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Abdul Hamid berkata, tindakan rakyat yang mematuhi arahan pihak polis terbukti melalui jumlah kes positif yang semakin berkurangan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mematuhi PKP," katanya pada sidang media selepas meninjau Menara City One hari ini.

Abdul Hamid berkata, pelaksanaan PKP juga dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih efisien.

"Ia juga memberi semangat kepada anak buah saya untuk mengawal selia sekatan jalan raya dan rondaan," katanya.

Malaysia sekali lagi merekodkan penurunan kes positif Covid-19 apabila mencatatkan sebanyak 54 kes hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia menjadikan jumlah positif virus itu sebanyak 5,305 kes.

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,115 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: