Tergamaknya kau...

Jaafar menunjukkan sekeping wang palsu bernilai RM100 daripada pelanggannya yang membeli dua gelas air kelapa.
Jaafar menunjukkan sekeping wang palsu bernilai RM100 daripada pelanggannya yang membeli dua gelas air kelapa.
A
A
A

TUMPAT - Angkara wang palsu seorang peniaga kerugian RM100 apabila pelanggannya membeli air kelapa menggunakan wang tersebut.

Jaafar Ismail, 52, berniaga di Wakaf Bharu menerima sekeping wang palsu bernilai RM100 daripada pelanggannya yang membeli dua gelas air kelapa.

"Pakcik didatangi seorang lelaki berusia lingkungan 20-an dengan motosikal jam 5.30 petang semalam.

"Selepas membungkus dua gelas air kelapa, lelaki itu menghulurkan wang bernilai RM100 dalam keadaan bergulung," katanya.

Jaafar berkata, dia tidak menyedari wang tersebut palsu dan memulangkan bakinya berjumlah RM96.

Menurutnya, walau pun kerugian RM100 tetapi nilai itu begitu besar buatnya.

"Pakcik hilang modal berniaga, nak buat macam mana, nasib pakcik yang kerap ditipu pelanggan," katanya.

Menurutnya, ini bukan kejadian yang pertama kerana pada November lalu dia turut ditipu pelanggan yang membayar air kelapa menggunakan sekeping wang palsu RM50.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sejak berniaga dua tahun di gerai air kelapa ini pelbagai dugaan menimpanya apabila kelapanya turut dicuri.

"Pakcik tidak membuat laporan polis, cuma berharap lelaki itu terbuka hati untuk pulangkan semula duit pakcik itu," katanya.