Lima tan belimbing, keledek diagih

Arul menyampaikan buah belimbing dan keledek kepada penduduk di kawasan Mantin, semalam.
Arul menyampaikan buah belimbing dan keledek kepada penduduk di kawasan Mantin, semalam.
A
A
A

NILAI - Ahli Parlimen Seremban yang juga bekas Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook hari ini menyumbang sebanyak 5.5 tan metrik belimbing dan keledek untuk diagihkan kepada 3,000 rumah di kawasan Mantin.

Sumbangan tersebut dilakukan melalui Ahli Dewan Undangan (ADUN) Nilai, J Arul Kumar bersama sukarelawan yang melakukan agihan dari rumah ke rumah bagi memastikan semua penduduk menerima keledek dan belimbing itu.

"Tiga hari lepas kita telah hantar satu kilogram (kg) hingga 1.5 kg belimbing kepada hampir 3,000 rumah di kawasan Mantin. Hari ini kita hantar lagi sekilo buah belimbing dan sekilo ubi keledek kepada 1,500 lagi rumah.

"Kita harap sumbangan ini dapat meringankan beban penduduk dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain ingin memastikan mereka tidak terputus bekalan makanan," katanya.

Tambahnya, Pusat Khidmat Nilai akan terus mencari jalan mendapatkan sayur dan buah-buahan untuk diedarkan kepada penduduk.

Selain itu, pihaknya sedang mengenal pasti keluarga yang tiada sumber pendapatan dalam tempoh Perintah PKP untuk memberikan bantuan barangan dapur dengan segera.

Artikel Berkaitan: