Lori terbakar, pemandu nyaris hilang nyawa

A
A
A

DAMANSARA- Seorang pemandu lori sempat menyelamatkan diri apabila kenderaan itu tiba-tiba terbakar berhampiran sebuah kondominium di Blok H PJU 10/9, Prima Damansara di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 5.32 petang itu, tiga lagi kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dilapor turut terbakar.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian daripada seorang wanita pada jam 4.49 petang.

Menurutnya, kebakaran berlaku berdekatan sebuah kondominium dan terdapat beberapa buah kenderaan lain diparkir hampir dengan kedudukan lori yang terbakar.

“Anggota bomba dihubungi untuk bantu padamkan kebakaran yang melibatkan empat buah kenderaan tersebut.

“Tiada kemalangan jiwa dilapor dalam kejadian ini, pemandu lori sempat selamatkan diri,” katanya.

Artikel Berkaitan: