Sungai Miri dinaik taraf ikut standard antarabangsa

Adam Yii Siew Sang
Adam Yii Siew Sang
A
A
A
MIRI - Majlis Bandaraya Miri (MBM) merancang menganjurkan persidangan "Sayangi Sungai Kita" peringkat kebangsaan serta antarabangsa untuk mengenalpasti model terbaik memulih dan memelihara sungai Miri.

Datuk Bandaraya Mir, Adam Yii Siew Sang berkata, persidangan tersebut akan menjadi platform untuk menjana idea serta berkongsi pengalaman Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam negara dan luar negara untuk cadangan projek naiktaraf sungai Miri.

"Antara sungai yang boleh jadi penanda aras ialah Sungai Melaka, Tebingan Sungai Singapura (Singapore Waterfront) dan Cheongyechean di Korea Selatan," katanya semasa merasmikan Program Sungai Angkat Pesisir Sungai dan Program Cintai Sungai di sini hari ini.

Yii berkata, selepas persidangan tersebut berlangsung MBM akan dapat membuat anggaran perbelanjaan dan model terbaik naiktaraf Sungai Miri yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Mengenai, Program Sungai Angkat Pesisir Sungai, beliau berkata, program tersebut dilaksanakan secara gotong royong bersama dengan MBM, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan penduduk Kampung Wireless dengan aktiviti pembersihan sungai dijalankan seminggu sekali atau sebulan sekali. - Bernama
Artikel Berkaitan: