X

Kindly register in order to view this article
!

Majikan langgar PKP jika paksa pekerja pulang

Anggota polis dan tentera melakukan kawalan ketat di pos kawalan dan pemeriksaan dalam usaha menghentikan rantaian jangkitan Covid-19 sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Tiga di Alor Setar, semalam.- Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Majikan yang memaksa pekerja ketika ini berada di kampung pulang bekerja di Kuala Lumpur telah melakukan kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana perjalanan jauh merentasi sempadan buat masa ini tidak dibenarkan sama sekali kecuali atas beberapa faktor kecemasan.

"Dalam hal ini sebenarnya majikan yang melanggar PKP kerana memaksa pekerja pulang walaupun perjalanan merentasi sempadan negeri sedangkan ia tidak dibenarkan.

"Jika ada kes seumpama ini saya akan berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia bagi melihat tindakan yang boleh diambil terhadap majikan," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Mengulas mengenai kelonggaran kepada syarikat penyedia rangkaian internet yang dianggap sebagai keperluan asas kepada rakyat Malaysia bagi melaksanakan tugas dan pembelajaran anak-anak di rumah.

"Kita minta kontraktor pemasangan yang pergi ke rumah pelanggan membuat laporan kepada polis ketika pelaksanaan sekatan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!