PKP: Juruteknik berbasikal ditahan

AA Anbalagan
AA Anbalagan
A
A
A

BAYAN LEPAS - Seorang juruteknik kilang ditahan kerana sedang berbasikal di laluan basikal pesisir Pantai Queensbay, Persiaran Bayan Indah di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan sepasukan polis dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada jam 6.40 petang ketika sedang membuat rondaan Ops Covid-19.

Menurutnya, lelaki berkenaan yang tinggal berdekatan kawasan itu gagal memberi alasan munasabah.

"Dia juga tidak patuh dengan arahan yang diberikan anggota polis dan ATM dan kita menahannya untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau berkata, lelaki yang masih bujang itu ditahan dua hari sehingga esok untuk siasatan lanjut.

"Lelaki itu tiada rekod jenayah lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020," katanya.

Artikel Berkaitan: