Tujuh premis beroperasi tanpa lesen diarah tutup

Operasi bersepadu pemeriksaan premis perniagaan atas arahan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) fasa ketiga ini dijalankan Jabatan Pelesenan MPK, Jabatan Kesihatan MPK dan penguat kuasa MPK hari ini.

A
A
A

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengarahkan tujuh premis membabitkan kedai runcit dan pasar mini kawasan Klang Sentral menutup operasi serta-merta selepas mendapati tidak mempunyai lesen yang sah.

Arahan berkenaan dilakukan melalui operasi bersepadu pemeriksaan premis dalam tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga yang dilakukan Jabatan Pelesenan MPK, Jabatan Kesihatan MPK dan penguat kuasa MPK hari ini.

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang(MPK) Norfiza Mahfiz berkata, pemeriksaan melibatkan lapan premis di kawasan tersebut.

Tujuh premis terdiri daripada kedai runcit dan pasar mini di sekitar kawasan Klang Sentral di sini diarahkan tutup serta-merta apabila pemeriksaan dijalankan Majlis Perbandaran Klang(MPK) mendapati premis ini tidak mempunyai lesen yang sah.

"MPK turut mengambil tindakan menyita lapan bakul ayam hidup, dua rak roti serta dua rak bawang terhadap premis yang beroperasi tanpa lesen dan halangan di atas laluan awam," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, operasi dan pemantauan akan terus dijalankan bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan: