Pasukan Respon Pantas KKMM nafi dua berita tular

Kenyataan dikeluarkan Pasukan Respon Pantas KKMM.
Kenyataan dikeluarkan Pasukan Respon Pantas KKMM.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menafikan dua berita tular di media sosial sehingga jam 9 pagi tadi.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu menafikan dakwaan bahawa Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard atau BIPS Terengganu merampas penutup muka kain hitam buatan sendiri yang dipakai oleh petugas di sekatan jalan raya.

Menjelaskan perkara itu, polis Terengganu sentiasa mengambil berat tentang kebajikan semua petugas barisan hadapan.

Selain itu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor turut menafikan mesej meminta orang ramai yang berada di Bank CIMB Bukit Gambir Muar, Johor pada 10 hingga 13 April 2020 untuk menjalani saringan Covid-19.

Menurut mesej tular itu, seorang pesakit positif Covid-19 dari Bukit Gambir telah mengunjungi bank tersebut dalam tempoh yang dinyatakan.

Artikel Berkaitan: