Empat lelaki karaoke di halaman rumah ditahan

Suspek yang diberkas selepas disyaki ingkar arahan PKP di Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor semalam.
Suspek yang diberkas selepas disyaki ingkar arahan PKP di Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Aktiviti riadah empat lelaki berkaraoke di halaman rumah mengundang padah apabila mereka antara 252 individu yang ditahan di negeri ini selepas didapati ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, keempat-empat lelaki tempatan berusia antara 19 hingga 51 diberkas pada jam 6.30 petang di halaman rumah tidak bernombor di Gelang Patah, Iskandar Puteri di sini.

Menurutnya, tangkapan dibuat susulan sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri mendapat maklumat daripada video yang tular di laman sosial Facebook.

"Dalam rakaman video tersebut memaparkan kesemua suspek sedang berkaraoke di halaman rumah sambil meminum minuman keras.

Polis turut merampas dua buah mikrofon serta pembesar suara.
Polis turut merampas dua buah mikrofon serta pembesar suara.

"Selain tangkapan kita selain mereka mengaku ada semasa kejadian video tular berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ayob Khan berkata, sepanjang tempoh PKP sejak 18 Mac lalu sehingga semalam seramai 2,206 individu diberkas selepas ingkar arahan yang dikeluarkan kerajaan.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 1,234 individu sudah pun didakwa di Mahkamah Johor Bahru atas kesalahan ingkar arahan PKP.

Artikel Berkaitan: