Tiga suspek pecah masuk kedai jahit, pejabat diberkas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

GOMBAK – Polis memberkas tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk kedai jahit dan pejabat di Taman Samudera, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 30 hingga 41 tahun itu ditahan di Taman Desa, di sini, pada jam 5 petang.

“Kita turut menjumpai sebuah lori jenis Mitsubishi di padang permainan Taman Samudera yang dipercayai digunakan suspek sebagai tempat menyimpan barangan curi,” katanya melalui kenyataan media, semalam.

Arifai memaklumkan polis turut merampas tiga unit pendingin hawa, satu unit kompresor pendingin hawa dan sebuah teksi Proton Saga.

Pada 3 April lalu dua individu membuat laporan polis berhubung kes pecah masuk kedai jahit dan pejabat di Taman Samudera kira-kira jam 5.30 petang.

Mangsa mendakwa penjenayah terbabit melarikan beberapa barangan dari kedai berkenaan.

Artikel Berkaitan: