PPM Sabah rampas minuman keras bernilai lebih RM7 juta

PDRM
PDRM
A
A
A

BEAUFORT - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya merampas pelbagai jenis minuman keras dipercayai diseludup masuk ke negeri itu yang dianggarkan bernilai RM7,427,760 di Pekan Menumbok, Khamis lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan berkata, PPM turut menahan dua lelaki tempatan berumur 33 dan 40 tahun bersama dua buah lori yang digunakan untuk membawa minuman keras itu pada jam 8.15 malam.

"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat minuman keras diletakkan di bahagian belakang lori yang ditutup dengan kanvas," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort di sini semalam.

Beliau berkata, antara jenis minuman yang dirampas ialah Tiger Beer dan Heineken sebanyak 5,070 kotak.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.- Bernama

Artikel Berkaitan: