Pengawal keselamatan diacu parang

Kedai alat ganti kereta yang disamun awal pagi tadi.
Kedai alat ganti kereta yang disamun awal pagi tadi.
A
A
A

RAWANG - Seorang pengawal keselamatan di sebuah kedai alat ganti kereta berhadapan detik cemas selepas diacu parang dalam satu kejadian samun di Kampung Baru Cina di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata,

dalam kejadian sekitar jam 5.45 pagi itu, kaki dan tangan pengawal keselamatan berusia 30 tahun itu turut diikat manakala mata dan mulutnya ditutup menggunakan cebisan kain daripada baju yang dipakainya.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa sedang bertugas dan telah didatangi sebuah van berwarna putih masuk secara melulu ke dalam kawasan premis kedai itu.

“Kemudian turun empat lelaki dua daripadanya memegang parang panjang. Selepas mengikat mangsa, suspek menyelongkar seluruh premis dan membawa lari sebuah kereta jenis Mitsubishi Triton milik pelanggan.

“Telefon bimbit milik mangsa juga dilarikan kumpulan penjenayah itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Samsor berkata, mangsa berjaya melepaskan ikatan tangan dan kaki sekitar jam 7 pagi dan memaklumkan insiden berkenaan kepada majikannya.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati wang tunai milik syarikat itu berjumlah lebih kurang RM10,000 turut hilang. Anggaran keseluruhan kerugian berjumlah lebih kurang RM23,000.

Artikel Berkaitan:

“Kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan,” katanya lagi.