'Frontliner' rindu anak, balut dengan plastik

Hantaran video pada Facebook Debbie Bustos Contretas
Hantaran video pada Facebook Debbie Bustos Contretas
A
A
A

MENJADI petugas barisan hadapan bukanlah satu tugasan yang mudah.

Menjaga keselamatan orang awam dengan meletakkan diri pada tempat yang paling berisiko menjadi sebab mengapa mereka tidak disarankan untuk berjumpa dengan ahli keluarga setelah menamatkan tugasan harian mereka.

Meskipun telah tular selama seminggu, namun satu video hantaran pengguna Facebook Debbie Bustos Contretas masih meruntun hati warganet.

Video menunjukkan rakaman di luar negara tersebut memaparkan seorang lelaki beruniform dipercayai polis memeluk erat anaknya sebaik sahaja dia membuka pintu kereta.

Kanak-kanak tersebut dipakaikan dengan plastik yang menutupi seluruh tubuhnya sebelum melulu berlari ke arah ayahnya.

Mereka saling berpelukan seolah-olah sudah lama tidak berjumpa.

Hantaran itu rata-ratanya mengundang rasa sayu dalam kalangan warganet.

“Video ini membuatkan saya menangis,” luah pengguna Facebook Pamela Alexandra Magallon.

Artikel Berkaitan:

Mungkin inilah situasi yang dihadapi setiap petugas barisan hadapan, berkorban walaupun terpaksa berjauhan dengan insan tersayang demi keselamatan masyarakat.

Que duro. Nunca, ni en sueños creíamos que íbamos a ver esto algún día.

Posted by Debbie Bustos Contreras on Wednesday, April 8, 2020