Lelaki maut terjatuh dari tingkat 12

Gambar di lokasi kejadian tular di laman sosial.
Gambar di lokasi kejadian tular di laman sosial.
A
A
A

KAJANG – Seorang lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah apartmen di Taman Eco Hill, Semenyih, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, mangsa berusia 21 tahun itu sedang merokok di balkoni seluas dua kaki sebelum ditemui terjatuh pada jam 6 petang.

“Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Siasatan mendapati mangsa tinggal di apartmen itu bersama empat rakannya. Mangsa sering kelihatan duduk di balkoni tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ahmad Dzaffir berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan: