Covid-19: Jumlah kematian global meningkat 150,142 kes

 Jumlah kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 150,142 kes.
Jumlah kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 150,142 kes.
A
A
A
PARIS- Jumlah kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 150,142 kes.

Menurut laporan AFP, wabak itu menjangkiti lebih 2,207,730 pesakit di 193 negara sejak kemunculan pertamanya di China, Disember lalu. Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 483,000 pesakit berjaya dipulihkan.

Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan kes tertinggi dunia dengan 34,575 kematian serta 683,786 kes, sementara 56,546 daripadanya dipulihkan.

Itali menjadi negara kedua paling terjejas dengan merekodkan 22,745 kematian dan 172,434 kes positif, diikuti Sepanyol (19,478 kematian dan 188,068 kes), Perancis (18,681 kematian dan 147,969 kes) dan Britain (14,576 kematian dan 108,692 kes).

Sementara itu, China merekodkan 4,632 kematian dan 82,367 kes.

Di Eropah yang mencatatkan 1,100,677 kes dan 96,721 kematian setakat ini dengan AS dan Kanada mencatatkan 715,428 kes dengan 35,929 kematian, Asia 157,131 kes dengan 6,801 kematian, Asia Barat 117,953 kes dengan 5,371 kematian, Amerika Latin dan Caribbean merekodkan 89,460 kes dan 4,242 kematian, Afrika 19,296 kes dengan 995 kematian dan Oceania 7,785 kes dengan 83 kematian. - AFP

Artikel Berkaitan: