‘Pusher’ jalanan dicekup

Polis menemui paket dadah pada suspek.
A
A

KLANG - Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dicekup bersama 30 paket dadah jenis heroin.

Tangkapan suspek berusia 38 tahun ini dibuat di Jalan Kunci Air, di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, tangkapan kira-kira jam 12.20 pagi ini mendapati suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan dipercayai sedang menunggu pelanggannya.

“Pemeriksaan lanjut menemui 30 paket dadah disyaki heroin seberat 44.5 gram.

"Berat kesemua dadah yang dirampas dianggarkan 44.5 gram bernilai RM900,” katanya.

Beliau berkata, semakan turut mendapati suspek yang disahkan positif dadah ini mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan narkotik.

Katanya, suspek kini direman selama lima hari sehingga Rabu depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.