Harga kit ujian antigen dari Korea Selatan bawah RM50 seunit

Kit ujian antigen - Foto Sumber Internet
Kit ujian antigen - Foto Sumber Internet
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga bagi seunit kit ujian antigen dari Korea Selatan yang akan digunakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengesan koronavirus (Covid-19) pada minggu hadapan memakan kos bawah RM50.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya masih berunding dengan pembekal bagi mendapatkan harga lebih rendah untuk pembelian pukal.

"Sekarang harganya kurang daripada RM50, tetapi memandangkan kita akan beli pukal, jadi kosnya menjadi lebih murah,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Semalam, beliau berkata, KKM membuat keputusan untuk menggunakan kit ujian antigen selepas mempunyai ketepatan 100 peratus manakala sensitiviti pada kadar 84.4 peratus.

Artikel Berkaitan: