X

Kindly register in order to view this article
!

10 kes positif Covid-19 dikesan di pusat kuarantin wajib

Dr Noor Hisham Abdullah
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 10 kes positif wabak koronavirus (Covid-19) di pusat kuarantin wajib yang menempatkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes yang dikesan itu melibatkan 112 pusat kuarantin di seluruh negara yang diwartakan termasuklah hotel.

"Sekarang ini terdapat kira-kira15,000 orang yang baru pulang dari luar negara berada di pusat kuarantin.

"Hasil pengesanan yang dilakukan kita dapati terdapat 10 kes positif melibatkan mereka yang sedang menjalani kuarantin wajib," katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai jumlah kes positif yang dikesan melibatkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan sedang menjalani kuarantin wajib.

Menurutnya, KKM juga turut memantau rapi kesemua rakyat yang sedang dikenakan kuarantin wajib di seluruh negara itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!