KKM pantau penggunaan Remdesivir rawat pesakit Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) telah mendaftar dan meluluskan penggunaan ubat antiviral baharu, Remdesivir bagi merawat pesakit koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk memberi sebarang laporan mengenainya.

"Remdesivir baru sahaja didaftarkan dan kita masih memantau penggunaan," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Antiviral Remdesivir untuk rawat pesakit Covid-19

Dalam perkembangan sama katanya, KKM tidak mempunyai sebarang masalah bekalan ubat-ubatan yang turut digunakan dalam rawatan Covid-19.

"Kita tidak mempunyai masalah dan stok pun mencukupi untuk merawat pesakit," katanya.

Pada 27 Mac lalu, Dr Noor Hisham mengumumkan Malaysia telah dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi menjalankan kajian menguji keberkesanan Remdesivir.

Malaysia dipilih berikutan keupayaan KKM menjalankan kajian klinikal.

Artikel Berkaitan: