Surat cukai keuntungan saham LHDNM, palsu!

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tidak pernah mengeluarkan surat memohon bayaran baki cukai tertunggak atas keuntungan pelaburan saham di salah sebuah syarikat pelaburan.

Sehubungan itu, LHDNM menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan mengesahkan dahulu dengan pihak LHDNM sekiranya menerima sebarang e-mel atau surat yang meragukan berkaitan LHDNM.

Sebagai memberikan kemudahan kepada orang ramai, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara di atas juga boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000; HASiL Live Chat; borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; Facebook dan Twitter rasmi LHDNM. - Bernama

Artikel Berkaitan: