Siasatan kes guling MB Perak selesai

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak telah melengkapkan siasatan terhadap dakwaan wujudnya gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Zainul Darus berkata, pihaknya berpuas hati dengan hasil siasatan yang dijalankan sebulan lalu dan kertas siasatan dihantar ke Ibu Pejabat SPRM untuk penelitian.

"Kita sudah selesai dan telah edarkan siasatan ke ibu pejabat (SPRM) untuk dibuat penelitian atau dikaji, jika ada keperluan untuk kita cari lagi keterangan atau keterangan telah mencukupi.

"Terpulang kepada ibu pejabat untuk menilai perkara ini. Kes ini berprofil tinggi, jadi kita perlu rujuk ke ibu pejabat untuk dikaji," katanya dalam sidang media di Pejabat SPRM Perak, Meru Raya di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu guling MB: Umno Perak sahkan nama lima Adun]

Menurutnya, lebih 10 saksi telah diambil keterangan termasuk beberapa Adun yang terlibat.

"Kertas siasatan dihantar awal bulan ini. Kita lakukan cepat kerana ia isu sensitif. Sekiranya ibu pejabat berpuas hati, kertas siasat akan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

"Jika sebaliknya, ibu pejabat mahu tindakan lanjut kita akan laksanakan sebelum diserahkan semula ke ibu pejabat dan seterusnya pejabat peguam negara," katanya.

Artikel Berkaitan: