Selangor arah Ops Sumber Air 24 jam elak bekalan air terputus

Loy Sian (dua dari kanan) meninjau keadaan sungai tercemar berikutan pencemaran bau dipercayai dari kolam ternakan ikan keli di Hulu Selangor.
Loy Sian (dua dari kanan) meninjau keadaan sungai tercemar berikutan pencemaran bau dipercayai dari kolam ternakan ikan keli di Hulu Selangor.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kerajaan Selangor akan melaksanakan Ops Sumber Air secara bersepadu dan pemantauan 24 jam bermula hari ini sehingga 31 Mei depan bagi mengelakkan gangguan bekalan air.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah mengarahkan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Air Selangor menjalankan operasi bersepadu tersebut.

"Saya telah pun menghubungi pengarah LUAS, tetapi surat belum sempat dikeluarkan hari ini berikutan berlaku pencemaran bau di empat loji rawatan air (LRA) di negeri ini," katanya pada sidang media di LRA Rantau Panjang di sini hari ini.

Loy Sian berkata, operasi bersepadu secara berterusan sehingga Aidilfitri itu dilaksanakan mengikut pertukaran setiap 12 jam waktu bekerja bagi memastikan bekalan air Selangor tidak terputus bekalan terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, pemantauan itu diharap dapat memastikan bekalan air mencukupi terutama di Hospital Sungai Buloh yang merawat pesakit Covid-19.

"Selain itu, sekiranya tiada bekalan air, sudah tentu perkara ini menyukarkan penduduk yang memerlukan air di rumah kerana mungkin ada yang mandi tiga kali sehari disebabkan cuaca panas sepanjang PKP ini," katanya.

Sehubungan itu, katanya, seramai 200 petugas yang terlibat dalam operasi terbabit dibekukan cuti sehingga tarikh berkenaan.

"Ini melibatkan semua pegawai LUAS, Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan (PBT) masing masing," katanya.

Artikel Berkaitan: