X

Kindly register in order to view this article
!

185 pusat kuarantin beroperasi: Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata hampir setiap masa Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu yang bergejala sahaja yang perlu untuk memakai topeng muka, yang tidak bergejala itu pilihan masing-masing semasa sidang media harian pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 185 stesen kuarantin di negara ini telah beroperasi semalam berbanding 180 pada hari sebelumnya.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah stesen kuarantin yang telah beroperasi itu, seramai 16,391 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

"Semalam, seramai 766 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib," katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Mengulas mengenai Operasi Sanitasi Awam Covid-19, beliau berkata, sejak 30 Mac lalu, sebanyak 2,284 operasi sanitasi di 102 zon termasuk di 27 zon merah.

"Antara kawasan yang disanitasi adalah sebanyak 1,446 bangunan kerajaan, 860 tempat awam, 906 pusat perniagaan dan 168 pasar raya.

"Semalam, sebanyak 196 operasi sanitasi meliputi 70 zon di 14 negeri termasuk 41 kawasan di Johor dan 21 kawasan di Kelantan. Sebanyak 129 bangunan kerajaan, 87 tempat awam, 64 pusat perniagaan dan 15 pasar raya telah disanitasi," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!