Pertemuan empat tokoh Umno, ini jawab Hishammuddin

No Image Caption
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Gambar bersama tiga tokoh Umno dimuatnaik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebooknya semalam melegakan banyak pihak.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang turut kelihatan dalam gambar itu berkata, ia termasuk menutup spekulasi terhadap dirinya yang dikatakan mahu keluar parti.

"Empat orang itu mereka yang ada pengaruh lagi dalam parti. Sedikit sebanyak saya dapat maklum balas daripada rakan-rakan bahawa gambar itu melegakan sebab banyak sangat spekulasi.

"Saya sendiri pun orang kata dah keluar Umno dan nak masuk Bersatu. Saya tak faham hari-hari ada spekulasi," katanya ketika ditemui media selepas walkabout di Brinchang, di sini, hari ini.

Selain Hishammuddin dan Najib, dua pemimpin Umno yang turut kelihatan dalam gambar tersebut ialah Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Hishamuddin, gambar itu diambil ketika mereka berempat makan malam bersama.

"Kebetulan ada makan malam berempat. Jadi kami rasa baik bergambar bersama tapi tak sangka 'meletup' pulak di Cameron Highlands.

"Sebelum ini gambar saya dengan (Datuk Seri Mohamed) Azmin Ali di Maghribi pun 'meletup'. Tak ada bendalah," katanya.

Artikel Berkaitan: