Ruang pameran Ducati Malaysia dilanda banjir kilat

Kenyataan akhbar dikeluarkan Next Bike Sdn Bhd berhubung kejadian banjir kilat di ruang pameran Ducati Malaysia PJ semalam.
Kenyataan akhbar dikeluarkan Next Bike Sdn Bhd berhubung kejadian banjir kilat di ruang pameran Ducati Malaysia PJ semalam.
A
A
A

PETALING JAYA - Pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia mengesahkan berlaku banjir kilat di ruang pameran motosikal berkuasa tinggi itu di Petaling Jaya petang semalam.

Pengurus Besarnya, Dennis Michael menerusi satu kenyataan memaklumkan banjir berkenaan telah reda, dalam keadaan terkawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurutnya, menjadi keutamaan pihaknya mengutamakan kepentingan dan keyakinan pelanggan, pekerja dan orang ramai sepanjang masa.

"Kami telah menghubungi pemilik motosikal di bawah jagaan kami untuk memberitahu keadaan yang berlaku.

"Kami berharap orang ramai tidak menyebarkan berita yang boleh menimbulkan kekeliruan berhubung perkara ini," katanya.

Menurutnya, sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan berhubung menerusi e-mel ducati_my@naza.com.my.

Terdahulu, hujan lebat di sekitar Kelana Jaya dan Sea Park petang semalam menyebabkan lebih 20 kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan 51A, Seksyen 51A berhampiran Lebuhraya Persekutuan di sini ditenggelami air.

Artikel Berkaitan:

Hujan lebat di sekitar Kelana Jaya dan Sea Park petang semalam menyebabkan lebih 20 kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan 51A, Seksyen 51A berhampiran Lebuhraya Persekutuan di sini ditenggelami air.
Hujan lebat di sekitar Kelana Jaya dan Sea Park petang semalam menyebabkan lebih 20 kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan 51A, Seksyen 51A berhampiran Lebuhraya Persekutuan di sini ditenggelami air.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan I Hafisham Mohd Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan memaklumkan kejadian tersebut pada jam 5.31 petang.

Menurutnya, kejadian banjir kilat dilapor berlaku di Jalan 51A, Seksyen 51A berhampiran Lebuhraya Persekutuan.

Difahamkan kejadian banjir kilat itu turut menenggelamkan beberapa buah motosikal berkuasa tinggi dipercayai diletakkan di ruang pameran sebuah syarikat jualan kenderaan.