Agih peruntukan RM205, 000 kepada PIBG

Noh (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang wakil PIBG pada Majlis Penyampaian Sumbangan PIBG di Aras 1, Bangunan UMNO Tanjong Karang di sini hari ini.
Noh (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang wakil PIBG pada Majlis Penyampaian Sumbangan PIBG di Aras 1, Bangunan UMNO Tanjong Karang di sini hari ini.
A
A
A

TANJONG KARANG - Parlimen Tanjong Karang mengagihkan peruntukan sebanyak RM205,000 kepada semua 35 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di semua sekolah di Parlimen berkenaan.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, sumbangan membabitkan tujuh sekolah menengah dan 15 sekolah kebangsaan selain lapan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Beliau berkata, pembahagian peruntukan turut mengetepikan fahaman politik.

"Apa yang penting ialah bagaimana kita dapat membantu pihak sekolah supaya anak kita tidak keciciran dalam pelajaran," katanya selepas Majlis Penyampaian Sumbangan PIBG di Aras 1, Bangunan UMNO Tanjong Karang di sini hari ini.

Noh berkata, majlis penyampaian sumbangan itu mengikut Prosedur Operasi Standart (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mengamalkan penjarakkan sosial, pemeriksaan suhu badan dan penggunaan cecair pembasmi kuman.

"Bagi mengurangkan kehadiran ramai dalam sesuatu masa, kita membuat agihan mengikut tiga kategori iaitu sekolah menengah, rendah dan sekolah jenis kebangsaan.

Menurut beliau, perjumpaan itu secara tidak langsung membolehkan pihaknya mengetahui masalah dihadapi pihak sekolah yang memerlukan perhatian sewajarnya.

"Ini secara tak langsung saya boleh mendengar masalah di setiap sekolah dan kita cuba panjangkan kepada pihak kementerian.

Artikel Berkaitan:

"Sebelum ini misalnya saya menerima aduan daripada pengusaha kantin berhubung sewa kantin di sekolah dan perkara ini telah saya bangkitkan kepada pihak Kementerian Pendidikan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana pengusaha kantin sekolah dikecualikan bayaran sewa selama enam bulan dan ini membantu mengurangkan bebanan dihadapi sepanjang tempoh PKP ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Mohd Azuan Mohd Nawawi berkata, inisiatif itu merupakan usaha murni bagi membantu pembangunan PIBG di Parlimen Tanjong Karang.

"Pemuafakatan antara wakil rakyat dan PPD khususnya demi pembangunan pelajar ini amat dihargai demi kecemerlangan dalam bidang pendidikan," katanya.