Peniaga bazar Ramadan akur keputusan kerajaan

Saipul Mazita menjalankan perniagaan Murtabak Mengkasar di Kuantan.
Saipul Mazita menjalankan perniagaan Murtabak Mengkasar di Kuantan.
A
A
A

SHAH ALAM - Rata-rata pengusaha gerai bazar Ramadan akur terhadap keputusan kerajaan yang tidak membenarkan perniagaan tersebut beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk pandu lalu atau tempah serta ambil.

Mengulas cadangan e-Bazar menggunakan kaedah pandu lalu, pengusaha Chicken Royale di Cheras, Kuala Lumpur, Mohd Nazri Md Akim berkata, ia dilihat sukar untuk dilaksanakan terutama dalam mengawal pergerakan keluar dan masuk kenderaan.

“Mengarut! Cuba bayangkan kalau 200 kenderaan berkumpul, ini boleh mencetuskan kluster baharu jangkitan koronavirus (Covid-19). Ramadan tahun ini, saya beroperasi di kedai sahaja dan guna khidmat penghantar makanan e-hailing seperti yang dilakukan sekarang.

“Alternatif lain, saya ada juga sediakan makanan sejuk beku bagi memenuhi permintaan pelanggan,” katanya.

Chicken Royale beroperasi menggunakan perkhidmatan penghantaran ke rumah.
Chicken Royale beroperasi menggunakan perkhidmatan penghantaran ke rumah.

Pengusaha Murtabak Mengkasar di Kuantan, Pahang, Saipul Mazita Ahmad Tajudin pula berpendapat kerajaan harus membenarkan premis perniagaan meneruskan operasi menggunakan kaedah pandu laju ketika Ramadan nanti.

“Memandangkan tiada bazar Ramadan, kami akan beroperasi di kedai. Maka saya harap kerajaan boleh bagi garis panduan tertentu bagi kaedah pandu lalu.

“Sekarang pun kami guna cara ini selain penghantaran makanan ke rumah. Ada juga kami sediakan makanan sejuk beku supaya pelanggan dapat simpan di rumah,” katanya.

Artikel Berkaitan: