X

Kindly register in order to view this article
!

Ini kalilah kita ikut kata kerajaan!

Solidariti harus diberikan kepada kerajaan dan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi wabak Covid-19. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

MINGGU ini, masuk fasa ketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sepanjang pelaksanaannya, seramai 9,990 ditangkap setakat 13 April 2020 kerana ingkar perintah berkenaan.

Semakin hari semakin ramai rakyat yang mula menunjukkan tanda-tanda tidak tahan dengan PKP walaupun pada mulanya Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu tahap pematuhan rakyat adalah 97 peratus.

Melihat jumlah tersebut Merak Jalanan dapat bayangkan betapa manusia itu sifatnya bebas dan apabila dibelenggu mereka mula menunjukkan keganjilan.

Adakalanya sifat tersebut menghiburkan hati macam bapa pakai baju kelawar ibu, namun kebanyakannya menjengkelkan dan menyusahkan orang lain seperti memberi alasan membeli pil perancang untuk melepaskan diri daripada ditahan pihak berkuasa.

Lebih teruk sikap menjengkelkan itu dibawa masuk pula ke dalam media sosial sehingga mencetuskan kata-kata kesat dan cacian yang sekali lagi menyusahkan pihak berkuasa.

Sebagai sebuah negara yang agresif membangun kita tidak seharusnya berlakuan demikian. Biarpun masih ada segelintir yang tidak setuju dengan pemerintah tapi ini bukan masanya untuk menunjukkan rasa tidak puas hati.

Sepatutnya masa getir ini digunakan untuk menujukkan solidariti kepada kerajaan yang bertungkus lumus menjaga rakyatnya. Lagipun PKP bukan rampasan kuasa walaupun di jalanan kelihatan ramai polis dan askar berkawal. Sebaliknya, ia adalah satu situasi untuk memulihkan negara daripada pandemik yang tidak mengenal warna kulit, bangsa dan agama mangsanya.

Cukuplah selama ini kita bertekak kerana tidak sehaluan dalam politik, bola sepak dan artis kegemaran. Apa kata, inikalilah kita ikut kata kerajaaan demi menjayakan PKP agar semua orang boleh hidup bebas seperti dulu.

Tunjukkan kita mampu membendung koronavirus (Covid-19) dengan bersatu hati menyokong PKP. Biarkan pihak berkuasa menguruskan mereka yang ingkar dan degil. Kita tidak usah masuk campur dan jadi batu api sebaliknya jaga diri masing-masing. Ingat, #kitajagakita


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!