Program Subsidi Upah: Status permohonan diumum mulai hari ini

Bagi mempercepatkan proses kelulusan, majikan perlu memberi kerjasama dengan mengemukakan borang permohonan berserta maklumat lengkap.
Bagi mempercepatkan proses kelulusan, majikan perlu memberi kerjasama dengan mengemukakan borang permohonan berserta maklumat lengkap.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Status mingguan permohonan Program Subsidi Upah akan diumumkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui rakaman video bermula hari ini.

Perkeso dalam kenyataan, memaklumkan bahawa bagi mempercepatkan proses kelulusan, majikan perlu memberi kerjasama dengan mengemukakan borang permohonan berserta maklumat lengkap.

“Sejak permohonan dibuka untuk Subsidi Upah pada 1 April lalu, Perkeso mendapati ada majikan yang mengemukakan permohonan tidak lengkap, tidak disertakan dengan maklumat tepat, ataupun dokumen dalam format yang salah.

“Antara isu yang timbul daripada permohonan yang sampai ke Sistem Insurans Pekerjaan termasuklah tidak menyertakan nombor akaun bank majikan atau syarikat selain majikan memberikan nombor akaun bank perseorangan dan bukan nombor akaun syarikat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan pada masa ini, majikan hanya boleh membuat permohonan dalam talian sahaja, iaitu melalui prihatin.perkeso.gov.my dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan, majikan boleh hadir ke pejabat Perkeso untuk mengemukakan permohonan yang dibuka hingga 15 September ini.

Mana-mana majikan yang menghadapi kesulitan dalam mengemukakan permohonan atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh emel ke perkeso@perkeso.gov.my atau menyalurkan pertanyaan ke www.facebook.com/PERKESO.Official/.

“Majikan juga boleh menghubungi talian 03-8091 5100 / 03-4264 5555 / 1-300-22-8000 untuk sebarang pertanyaan,” menurut kenyataan itu.

Pada 28 Mac lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dalam satu kenyataan berkata, majikan perlu membuat tuntutan bagi pihak pekerja untuk pelaksanaan Program Subsidi Upah yang diumumkan kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) 2020.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, majikan yang menuntut tidak dibenarkan membuang pekerja, memotong gaji mahupun mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program itu dilaksanakan. - Bernama