Youtube larang klip 'prank' bahaya

Klip prank mendatangkan bahaya atau kecederaan serius dilarang dimuat naik di Youtube.
Klip prank mendatangkan bahaya atau kecederaan serius dilarang dimuat naik di Youtube.
A
A
A

LONDON - BRITAIN. Laman perkongsian video, Youtube melarang klip yang memaparkan 'prank' berbahaya dari platform mereka.

Langkah itu diambil sebagai respons terhadap challenge atau cabaran yang membawa kepada kematian atau kecederaan.

"Klip video seumpama itu tiada tempat di Youtube," kata laman popular milik Google itu.

Bermula sekarang, Youtube tidak akan membenarkan video yang memaparkan prank yang mendatangkan bahaya atau dengan kecederaan yang serius.

Ia termasuk prank di mana seseorang diperdaya hingga menyebabkan mereka percaya berada dalam bahaya walaupun ia hanya gurauan.

Laman itu bagaimanapun gagal menguatkuasakan peraturan sedia ada berhubung kandungan berbahaya. - BBC

Artikel Berkaitan: