Bersebab Ronaldo, Rooney tak dipilih kapten

Ronaldo (kanan) dan Rooney pernah mencipta sensasi bersama United.
Ronaldo (kanan) dan Rooney pernah mencipta sensasi bersama United.
A
A
A

Gary Neville mendedahkan bekas pengendali Manchester United, Alex Ferguson enggan meletakkan Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney sebagai kapten kerana bimbang merosakkan moral skuad The Red Devils.

Biarpun dipilih sebagai kapten United dari 2005 hingga 2011, Neville mengakui dia berasa tidak layak untuk menggalas tanggungjawab tersebut daripada legenda, Ryan Giggs.

Secara peribadi, Neville berpendapat Ferguson bukan saja berjaya membentuk skuad berkualiti pada masa itu, malah berjaya mengembangkan ramai pemain yang memiliki nilai sebagai kapten.

“Saya mengalami masalah kecederaan selepas setahun memikul tugas sebagai kapten dan ia menjadi keadaan yang sangat sukar buat saya ketika itu. Saya dapat rasakan saya gagal menyumbang sebagai kapten.

“Kami memiliki skuad yang menakjubkan: Ronaldo, Rooney, (Carlos) Tevez, (Ryan) Giggs, (Paul) Scholes, (Michael) Carrick, (Rio) Ferdinand, (Nemanja) Vidic, (Patrice) Evra, (Edwin) van der Sar... mereka berada dalam kumpulan pemain yang memiliki personalitu yang hebat.

“Saya berkata kepada Alex ketika dia berjalan ke padang bahawa saya rasa tidak layak untuk menjadi kapten lagi. Pasukan ini berada pada satu tahap yang saya tidak boleh tandingi.

“Dia (Ferguson) berkata, 'kamu dan Giggs akan bergilir (sebagai kapten). Jika saya memberikan (tugas kapten) kepada Ronaldo, Rooney akan terasa. Jika saya beri kepada Rooney, Ronaldo pula akan keluar. Sekiranya saya memberikannya kepada Vidic, Ferdinand tidak akan gembira',” kata Neville.

Artikel Berkaitan: