208 indvidu ingkar PKP dikenakan tindakan di Kota Setar

Anggota polis dan trafik memantau sekatan jalan raya menghala pusat bandar ketika tempoh PKP dikuatkuasakan.
Anggota polis dan trafik memantau sekatan jalan raya menghala pusat bandar ketika tempoh PKP dikuatkuasakan.
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 208 individu dikenakan tindakan akibat melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Kota Setar sejak 18 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, seramai 110 tangkapan dibuat ketika tempoh PKP antara 18 Mac dan 31 Mac lalu.

"Bagi fasa kedua PKP iaitu dari 1 April hingga 14 April sebanyak 98 tangkapan dilakukan dan daripada keselurahan jumlah itu, seramai 159 individu dikenakan kompaun, selebihnya didakwa di mahkamah.

“Walaupun PKP dikuatkuasakan, polis Kota Setar tetap memantau aktiviti penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama apabila kita menahan 21 individu semasa PKP Fasa Satu manakala bagi fasa kedua sebanyak 43 indvidu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, kes penipuan yang direkodkan sepanjang PKP pula menunjukkan peningkatan apabila terdapat sembilan kes membabitkan kerugian mangsa sebanyak RM260,000.

“Terdapat beberapa individu ditipu pihak yang mengambil kesempatan atas PKP. Berdasarkan laporan polis dibuat mangsa, berlaku peningkatan empat kes semasa PKP Fasa Kedua, menjadikan jumlah kes kepada sembilan berbanding lima kes ketika PKP Fasa Satu,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Rozi berkata, 14 lagi penutupan jalan yang akan dikuatkuasakan ketika PKP fasa ketiga bermula 15 April hingga 29 April ini.

“Ketika PKP Fasa Kedua, sebanyak tujuh penutupan jalan dibuat, dengan penambahan ini menjadikan 21 jalan ditutup sepenuhnya sepanjang fasa terbaru ini.

Sekatan jalan raya juga dipertingkatkan kepada lapan berbanding tujuh sekatan jalan raya pada PKP Fasa Kedua,” katanya.

Artikel Berkaitan: