Covid-19: Pengiktirafan bukan untuk saya, kata KP Kesihatan

Dr Noor Hisham. - Foto Bernama
Dr Noor Hisham. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Biarpun diiktiraf sebagai tiga doktor terbaik di dunia, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kekal merendah diri dan menyifatkan pengiktirafan tersebut bukan untuk dirinya sebaliknya pengiktirafan untuk negara.

"Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diputuskan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kita (Kementerian Kesihatan Malaysia) hanya memberi nasihat," katanya.

Semalam, Stesen televisyen China, Global TV Network menganugerahkan pengiktirafan itu kepada Dr Noor Hisham yang turut menyaksikan pakar kesihatan dari Amerika Syarikat dan New Zealand iaitu Dr Anthony Fauci dan Dr Ashley Bloomfield turut tersenarai.

Dr Noor Hisham, 56, yang memegang jawatan Ketua Pengarah sejak 2013 dan berasal dari Kuala Lumpur, sememangnya mendapat kepercayaan penuh rakyat Malaysia susulan kekerapan beliau mengemas kini data situasi semasa keadaan koronavirus (Covid-19) menerusi media sosial dan sidang media.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: