Belgium lanjutkan 'lockdown' 3 Mei

Orang ramai patuh dengan melakukan penjarakan sosial. - Foto Xinhua News
Orang ramai patuh dengan melakukan penjarakan sosial. - Foto Xinhua News
A
A
A

BRUSSELS - Perdana Menteri Belgium, Sophie Wilmes mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 3 Mei bagi memutuskan rantaian penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menerusi Xinhua News, Majlis Keselamatan Nasional (NSC) memutuskan bahawa langkah-langkah itu telah bermula semalam hingga 3 Mei, kata Wilmes setelah pertemuan NSC.

Bagaimanapun beliau memberitahu, perusahaan dalam bidang pertanian dan kedai aksesori perkakas rumah (DIY) termasuk kedai makan akan kembali dibuka.

"Namun, orang ramai harus mengekalkan jarak keselamatan," tambahnya.

Pusat jagaan dan pusat jagaan orang kurang upaya juga dibenarkan menerima lawatan.

Beliau juga menegaskan, orang ramai perlu mengikut peraturan ditetapkan kerajaan.

"Kami bergantung pada sikap sivik dan budi bicara anda untuk memikirkan mana yang terbaik," kata Wilmes.

Pada 18 Mac, Belgium melaksanakan PKP secara menyeluruh di seluruh negara untuk mengekang wabak Covid-19 yang kemudian dilanjutkan sehingga 19 April.

Artikel Berkaitan:

Pihak Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 33,576 kes koronavirus dengan 4,440 kematian semalam.