Cubaan sembunyi dalam selimut, almari gagal

Pasangan yang didakwa tidak mempunyai ikatan perkahwinan ini ditahan kerana disyaki positif dadah di Kampung Nail awal pagi tadi.
Pasangan yang didakwa tidak mempunyai ikatan perkahwinan ini ditahan kerana disyaki positif dadah di Kampung Nail awal pagi tadi.
A
A
A

BESUT - Seramai 11 individu termasuk pasangan yang dipercayai bersekedudukan ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Cegah yang dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) awal pagi hari ini.

Ketua Pegawai AADK Besut, Nor Hafizza Mat Zin berkata, lelaki berusia 41 dan pasangannya 37 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Nail, Kuala Besut kira-kira jam 6 pagi dalam operasi disertai lapan anggota AADK .

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan di rumah tersebut, pasangan itu tidak membuka pintu walaupun anggotanya mengetuk pintu dan memperkenalkan diri.

“Anggota kami kemudian berjaya masuk ke dalam rumah dan mendapati suspek perempuan yang merupakan seorang janda anak lima bersembunyi dalam almari manakala lelaki yang masih bujang menyorok dalam kain selimut di dalam sebuah bilik,” katanya.

Nor Hafizza berkata, saringan air kencing terhadap pasangan itu mendapati mereka positif dadah dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Hasil siasat awal, mereka mengaku tinggal sebumbung tanpa ikatan perkahwinan sejak dua tahun lalu dan wanita tersebut juga dari kampung sama.

Artikel Berkaitan: