Tetap kahwin walau Covid-19

Pasangan pengantin di Chili tetap meneruskan majlis perkahwinan ketika wabak Covid-19.-Foto ABC
Pasangan pengantin di Chili tetap meneruskan majlis perkahwinan ketika wabak Covid-19.-Foto ABC
A
A
A

CHILI - Walaupun negara dilanda pandemik koronavirus (Covid-19), sepasang pengantin di sini tetap meneruskan majlis perkahwinan mereka namun dengan mengekalkan jarak sosial.

Menerusi ABC News, pasangan dari Chili New York mengadakan majlis perkahwinan mereka di sebuah tasik dipercayai dihadiri sanak saudara.

Bagaimanapun, sanak saudara hanya berada di dalam kereta masing-masing dan menyaksikan majlis itu dari jauh.

Sebaik upacara majlis perkahwinan selesai dan mereka disahkan suami isteri, sebagai tanda sokongan sanak saudara membunyikan hon kereta meraikan pasangan berkenaan.

Malah sorakan juga kedengaran menerusi rakaman video berdurasi 58 saat yang ditonton 17,700 tontonan daripada netizen setelah tular di laman sosial.

Setelah menonton video itu, segelintir netizen mengecam tindakan mereka kerana tidak memakai topeng muka dan tidak wajar mengadakan majlis perkahwinan ketika negara dilanda wabak Covid-19.

Kata Jerry, "Mereka tak pakai mask, empat orang berada di situ tak jarakkan diri mereka."

@cesar pula berkata, "Mengarut sahaja adakan majlis itu ketika saat genting."

Artikel Berkaitan: