Warga emas terselamat peti ais terbakar

Keadaan peti ais di rumah musnah yang terbakar. FOTO: Ihsan Bomba
Keadaan peti ais di rumah musnah yang terbakar. FOTO: Ihsan Bomba
A
A
A

TEMERLOH - Seorang warga emas terselamat selepas peti ais di rumahnya terbakar dalam kejadian di Kampung Loyang dekat Sanggang di sini semalam.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu disedari mangsa selepas ternampak asap dari peti ais ketika pergi ke dapur untuk mengambil air wuduk.

Menantunya, Norfazilah Md Husni, 41, berkata, ibu mentuanya yang berusia 90 tahun tinggal seorang diri di rumah terbabit.

Menurutnya, dia sekeluarga pula tinggal di rumah sebelah dan sebaik mengetahui kejadian itu, suaminya bersama abang ipar dan anak saudara segera memadamkan api.

"Syukur semuanya selamat walaupun peti ais musnah," katanya yang segera menghubungi pihak bomba untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, Penolong Penguasa Bomba Syed Mohsen T Ismail berkata, seramai tujuh anggota dari BBP dengan bantuan tiga anggota dari BBP Bukit Angin bersama dua buah jentera pemadam (FRT) bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

"Kebakaran telah berjaya dipadamkan dengan menggunakan air paip sebelum pasukan bomba tiba.

"Kebakaran tidak melibatkan struktur rumah mangsa dan tiada mangsa yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: