MDSB sita 13 premis perniagaan

MDSB membuat pemeriksaan di sebuah premis dalam Ops Covid-19 di sini.
MDSB membuat pemeriksaan di sebuah premis dalam Ops Covid-19 di sini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menyita 13 premis perniagaan dan mengeluarkan 37 kompaun terhadap peniaga dan penjaja yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua yang berakhir kelmarin.

Yang Dipertuanya, Mohd Faizul Fitri Muslil berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 34 kompaun dan lapan sitaan kepada peniaga serta penjaja mengikut Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Dua kompaun dan tiga sitaan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian iaitu menjalankan perniagaan tanpa lesen.

"Satu kompaun dan dua sitaan pula disiasat mengikut UUK3 bagi penjaja iaitu berniaga tanpa lesen," katanya.

Mohd Faizul berkata, dalam Ops PKP2 daerah Sabak Bernam yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeriksa 113 premis perniagaan dan 23 penjaja.

"Operasi ini dijalankan bagi memastikan setiap peniaga dan penjaja mematuhi operasi perniagaan sepanjang tempoh PKP.

"Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan penjarakkan sosial dan MDSB akan terus meningkatkan kawalan di pasar awam dan pasar raya," katanya.

Artikel Berkaitan: