Izara Aishah selamat lahir bayi perempuan

Instagram Story ibu mentua Izara Aishah, Datin Seri Tengku Zawyah yang berkongsi berita gembira itu
Instagram Story ibu mentua Izara Aishah, Datin Seri Tengku Zawyah yang berkongsi berita gembira itu
A
A
A

PELAKON Izara Aishah selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara petang semalam.

Berita gembira itu dikongsi ibu mentua, Datin Seri Tengku Zawyah melalui Instagram (IG) Story.

"Alhamdulillah tahniah Adib dan Izara dengan kehadiran orang baharu, cute little princess. Semoga ALLAH memberkati awak dan puteri awak.

"Saya tahu awak akan menjadi ibu terbaik dan penyayang. Cucu perempuan kita lahir ini berat seberat 2.9 kilogram," katanya.

Berita itu juga dikongsi Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Instagram miliknya.

Instagram Story Siti Nurhaliza berkongsi berita gembira itu.
Instagram Story Siti Nurhaliza berkongsi berita gembira itu.

"Alhamdulillah makin bertambah ahli keluarga kita." katanya.

Muhammad Adib Khalid dan Izara berkahwin pada 17 November 2017.

Artikel Berkaitan: