'Umno sentiasa buka pintu untuk sesiapa mahu kembali'

Datuk Seri Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan
A
A
A

SEREMBAN – Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Umno belum menerima permohonan daripada Ahli Parlimen parti itu yang sebelum ini telah keluar untuk menyertai kembali parti.

Beliau yang kini menjalankan tugas-tugas Presiden Umno berkata bagaimanapun parti itu terbuka untuk menerima sesiapa sahaja yang ingin menyertainya.

“Umno sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai dan menjadi ahli Umno.

“Syarat dan proses untuk menjadi ahli adalah tertakluk kepada seperti apa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan peraturan pentadbiran parti,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai ura-ura enam ahli Umno yang sebelum ini meninggalkan parti tersebut mahu kembali seperti yang dilaporkan media semalam.

Enam Ahli Parlimen, yang kini anggota Bebas selepas meninggalkan Umno pada 14 Disember lepas, ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya,

Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Anggota Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.- Bernama

Artikel Berkaitan: