Dua pemain import sertai PKNP FC

Abbey (kanan) dan Siyavush (kiri) sah menjadi pemain import PKNP FC musim ini.
Abbey (kanan) dan Siyavush (kiri) sah menjadi pemain import PKNP FC musim ini.
A
A
A

PKNPFC menguatkan lagi jenteranya menghadapi saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim ini dengan mengikat dua pemain import baharu Thomas Abbey dan Siyavush Asrorov.

Abbey, 26, merupakan pemain kebangsaan Ghana dan beraksi di posisi tengah, manakala, Siyavush, 27, pula merupakan pemain kebangsaan Tajikistan beraksi di posisi pertahanan.

Kedua-dua pemain ini menandatangani kontrak selama setahun dengan PKNP FC selepas Ketua Jurulatih, Abu Bakar Fadzim berpuas hati dengan corak permainan mereka pada Majlis Menandatangani Kontrak Pemain PKNP FC sambil disaksikan Presiden PKNP FC, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, di Hotel Casuarina@Meru, di sini, hari ini.

Zainol Fadzi (duduk tengah) bergambar bersama pemain dan pengurusan PKNP FC
Zainol Fadzi (duduk tengah) bergambar bersama pemain dan pengurusan PKNP FC

Zainol Fadzi ketika sidang media memaklumkan PKNP FC bakal menambah tiga lagi pemain import di dalam pasukan itu untuk memperkuatkan jenteranya dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Tak boleh nak umum lagi sebab belum tandatangan, sama ada kita ambil empat atau lima, ia bergantung dan setakat ini saya bagi tanggungjawab pada jurulatih empat pemain dahulu," katanya.

Ditanya mengenai sasaran PKNP FC dalam Liga Super dan Piala Malaysia musim ini, Zainol Fadzi mahu semua pemain PKNP FC diberi peluang mempamerkan bakat mereka.

"Apa yang penting saya nak lihat hasrat Pengerusi PKNP FC yang juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mahukan lebih ramai kalangan pemain PKNP FC memberi sesuatu kepada pembangunan bola sepak di negeri ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Zainol Fadzi turut mengumumkan 30 Januari sebagai tarikh pelancaran rasmi PKNP FC di Stadium Mini Manjung bermula jam 8 malam dan mengajak rakyat di negeri ini bersama-sama memeriahkan majlis berkenaan.