Pemuda kantoi bawa dadah

Polis menahan pemuda berkenaan ketika Sekatan Jalan Raya (SJR) OP Covid 19 di Seksyen 7, Shah Alam. Gambar kecil: Antara dadah yang turut dirampas semalam.
Polis menahan pemuda berkenaan ketika Sekatan Jalan Raya (SJR) OP Covid 19 di Seksyen 7, Shah Alam. Gambar kecil: Antara dadah yang turut dirampas semalam.
A
A
A

SHAH ALAM- Seorang pemuda berusia 23 tahun ditahan bersama dadah yang disembunyikan di bahagian meletak kaki sebelah penumpang dalam kereta dipandunya, ketika melalui satu sekatan jalan raya di sini.

Hasil pemeriksaan mendapati, pemuda itu yang memandu kereta Perodua Myvi meletakkan bungkusan plastik mengandungi dadah berkenaan di kawasan kaki sebelah penumpang dan polis turut menemui tiga ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 470 gram.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pemuda terbabit ditahan ketika melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) OP Covid 19, di Seksyen 7, Shah Alam.

Menurutnya, bertindak atas maklumat susulan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam dan dibantu pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman telah ke rumah suspek di sekitar I-City Seksyen 7, Shah Alam.

"Pasukan serbuan itu turut menahan seorang perempuan Melayu berumur 25 tahun di dalam rumah tersebut. Hasil pemeriksaan lanjut telah menemui balutan kertas timah mengandungi dedaun kering disyaki dadah jenis ganja, anggaran berat dadah itu 23 gram serta wang tunai berjumlah RM1,600 dan turut ditemui mata wang Dong Vietnam, disyaki hasil jualan dadah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Suspek lelaki direman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 21 April dan suspek perempuan ditahan reman selama empat hari mulai hari ini sehingga 18 April bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Artikel Berkaitan: