Asingkan individu bergejala faktor kejayaan Malaysia kawal Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian. - Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengasingkan individu yang bergejala dan positif Covid-19 merupakan salah satu faktor kejayaan Malaysia mengawal kadar jangkitan wabak berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tindakan yang diamalkan negara ini berbeza dengan beberapa negara lain yang hanya merawat individu bergejala teruk di hospital.

"Apabila seseorang itu positif walaupun tidak bergejala, kita mengasingkan mereka di hospital," katanya.

Menurutnya, tindakan itu dapat mengesan kes positif di kalangan mereka bergejala ringan dan tidak bergejala.

"Kita dapat mengesan sebanyak 88 peratus daripadanya," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan Covid-19 bermutasi, beliau berkata, terdapat kemungkinan tiga jenis strain virus itu di negara ini.

"Ini berikutan ramai rakyat kita pulang daripada merata tempat seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan China," katanya.

Menurutnya, strain tersebut tidak dapat dikenalpasti sehingga isolasi dan menandakan virus tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Selepas daripada itu, barulah kita bandingkan strain untuk dikenalpasti sama ada ia jenis A, B mahupun C," katanya.