Isu tunggakan gaji: PFA akan ambil tindakan undang-undang

PFA
PFA
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA) bercadang mengambil tindakan undang-undang berhubung pendedahan pemainnya mengenai tunggakan gaji yang disifatkan mencemarkan nama baik persatuan.

Sambil meluahkan rasa kesal dengan pendedahan tersebut, Timbalan Presiden PFA Mohd Abdul Karim Khan Mansor Ahmad Khan berkata persatuan itu tidak pernah lepas tangan dalam isu tunggakan gaji yang melibatkan 27 pemain musim 2018 tersebut.

Kesemua pemain terbabit termasuk wakil pemain Piala FAM, Piala Presiden dan Piala belia 2018 telah dipanggil bagi mendengar penjelasan berhubung kelewatan bayaran gaji tertunggak mereka dalam satu perjumpaan khas pada 7 Jan lalu, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya hanya wakil pemain Piala Presiden dan Piala Belia hadir perjumpaan itu.

Mohd Abdul Karim Khan mengulas isu 18 daripada 27 pemain berkenaan yang dilapor menuntut tunggakan gaji mereka bermula Mac tahun lepas hingga bulan ini.

Para pemain terbabit turut mendedahkan mereka terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan sampingan untuk menampung kehidupan termasuk menjadi nelayan dan ada juga yang mengambil upah mencuci kereta.

Menurut Mohd Abdul Karim Khan, perjumpaan 7 Januari itu juga bertujuan menyelesaikan beberapa isu berkaitan salah laku dan disiplin pemain.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila tunggakan gaji tersebut akan dijelaskan.- Bernama.

Artikel Berkaitan: