Tiada lagi toleransi: Ismail Sabri

Ismail Sabri - Foto Bernama
Ismail Sabri - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak yang masih degil untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah memasuki fasa ketiga ketika ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang jika didapati melanggar arahan berkenaan.

“Kerjasama semua rakyat Malaysia amat diperlukan bagi memerangi wabak koronavirus (Covid-19) ini.

“Tindakan tegas akan akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang didapati melanggar atau memberikan alasan yang tidak munasabah,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini semalam.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menangkap 612 individu kerana ingkar PKP di seluruh negara kelmarin.

“Daripada jumlah itu, seramai 590 individu yang direman dan 15 individu dijamin polis,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 799 sekatan jalan raya dan 545,182 kenderaan telah diperiksa di seluruh negara semalam.

Artikel Berkaitan: