Guan Eng selamat jalani pembedahan bahu

Guan Eng (kanan) dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas selamat menjalani pembedahan bahu kiri.
Guan Eng (kanan) dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas selamat menjalani pembedahan bahu kiri.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dibenarkan keluar dari sebuah hospital hari ini selepas selamat menjalani pembedahan bahu.

“Saya baru saja discaj dari hospital selepas dua malam di sana kerana menjalani pembedahan di bahagian bahu kiri akibat kecederaan tempoh hari,” tulisnya di Facebook hari ini.

Dalam coretan sama, Setiausaha Agung DAP itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya

Beliau dalam masa sama turut meminta rakyat Malaysia agar terus kekal duduk di rumah masing-masing dalam usaha memerangi wabak koronavirus (Covid-19).

"Terima kasih kepada keluarga tersayang yang telah menjaga saya dan juga kepada mereka yang mendoakan kesembuhan.

“Terus kekal duduk di rumah. Kita boleh menang bersama-sama,” katanya.

Artikel Berkaitan: