Keputusan lanjut PKP dibuat atas nasihat KKM: Ismail Sabri

Ismail Sabri bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini.- Foto Bernama
Ismail Sabri bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra hari ini.- Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, keputusan sama ada Perintah Kawalan (PKP) dilanjutkan atau sebaliknya selepas fasa ketiga berakhir pada 28 April ini bergantung atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa kemungkinan PKP akan diteruskan sehingga Jun ini jika kes pandemik koronavirus (Covid-19) bertambah.

“Ia merupakan pandangan beliau (Abdul Hamid). Apa pun keputusan sambung atau tidak terletak kepada nasihat KKM,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Abdul Hamid semalam dilaporkan berkata, kemungkinan besar PKP akan dilanjutkan sehingga Jun ini jika sikap rakyat yang masih berdegil sehingga menyebabkan kes jangkitan Covid-19 bertambah.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, peratusan pematuhan rakyat terhadap PKP masih lagi pada tahap 97 peratus.

“Walaupun semalam kita tahu banyak kenderaan di atas jalan raya tetapi peratusan yang mematuhi PKP ini masih lagi pada tahap 97 peratus.

“Jadi kita harap (jumlah kenderaan yang banyak di atas jalan raya semalam) tidak lagi berterusan untuk hari-hari berikutnya,” katanya.

Artikel Berkaitan: