Jumpa mayat dalam longkang

Mayat warga emas ditemui dalam longkang oleh orang awam petang semalam.
Mayat warga emas ditemui dalam longkang oleh orang awam petang semalam.
A
A
A

PELABUHAN KLANG – Mayat seorang lelaki ditemui dalam longkang berhampiran bangunan kilang di Jalan Telok Gong, di sini, semalam.

Mangsa berusia 61 tahun dan beralamat di Kampung Nelayan, Telok Gong, ditemui orang awam yang kebetulan melalui kawasan longkang sekitar jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa berseluar pendek dan tidak berbaju itu ditemui terbaring dalam longkang.

“Anggota dari Balai Polis Telok Gong menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai perkara itu kira-kira jam 3 petang semalam,” katanya, di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hadir membantu siasatan dan mendapati tiada unsur jenayah ditemui pada mayat terbabit.

“Mayat warga emas itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat.

“Lelaki itu disahkan mengidap hepatitis C, kencing manis, strok, batuk kering (TB0 dan sakit tulang mereput. Jenazah mangsa dituntut oleh anaknya untuk urusan pengebumian,” katanya.

Artikel Berkaitan: